Saturday, 2 January 2016

RESEPI UNTUK BUAT PIZZA MENGGUNAKAN ROTI YANG SANGAT SIMPLE

Tags


(=)Paling best, resepi pembuatan pizza ini anda tidak memerlukan tepung mahupun kena susah payah menguli roti.


(+)Bahan-bahan yang perlu anda sediakan adalah:-

(*) Roti Gardenia

(*) Tomato puri

(*) Cheddar cheese atau Mozarella cheese

(*) Sosej atau Ayam

(*) Cendawan butang

(*) Lada banggala


(+)Cara-cara untuk membuatnya adalah:-

(*) Susun roti dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti di bakar nanti.

(*) Sapu tomato puri pada roti dan letakkan kepingan cheddar cheese.

(*) Letak sosej, ayam (siap-siap rebus), cendawan butang dan lada banggala mengikut selera anda.

(*) Taburkan mozarela cheese untuk buat rasa lebih mengancam.

(*) Bakar pizza dalam oven lebih kurang 15 minit.