Friday, 8 January 2016

Tiga golongan yang dicintai Allah

Tags


Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:


  1. Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.
  2. Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.
  3. Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.


Tiga golongan  yang dibenci Allah ialah:


  1. Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur
  2. Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil
  3. Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.


Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :

" Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu" : 

  • Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu
  • Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu
  • Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu
  • Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa
  • Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut
  • Lupakan budi baikmu terhadap orang lain
  • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu