Saturday 6 February 2016

Resepi AisKrim Coklat Paling Special

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[+]4 biji kuning telur
[+]1/2 cawan gula
[+]500 ml susu segar
[+]1 sudu teh tepung jagung
[+]3 sudu besar serbuk koko
[+]250 gm krim putar

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. [+]Masak kesemua bahan kecuali krim putar dan biarkan sejuk.

2. [+]Setelah sejuk, tuangkan bahan dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam freezer selama 2jam.

3. [+]Pukul krim putar sehingga pekat (terbentuk garis-garis melengkung pada krim).

4. [+]Campurkan krim putar bersama bahan yang telah disejukkan tadi, gaul rata dengan senduk sahaja. Kemudian, simpan dalam freezer semalaman.

5. [+]Setelah itu, keluarkan dan pukul dengan mixer sehingga aiskrim kembang 2 kali ganda banyaknya.

6. [+]Masukkan semula aiskrim ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam freezer sehingga mengeras dan bolehlah dihidangkan bersama coklat cip.