Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah :
Bahan-bahan untuk Pes :
["]200 gm udang (guna 12 ekor udang size L)
["]250ml air (masukkan ½ cawan sahaja, sebab air rebusan dah banyak)
["]4 ulas bawang putih di ketuk
["]6 sudu besar sos tiram
["]3 sudu kecil kicap pekat
["]3 sudu besar kicap manis
["]1 kiub pati ikan bilis
["]*2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1 sudu kecil)
["]*1 sudu kecil gula
["]*** Garam dan gula secukup rasa.
Bahan-bahan untuk Mee :
["]300gm kuey teow ( untuk 3 pinggan, boleh guna yang halus tu)
["]1 sudu besar cili boh
["]Kerang
["]Sedikit kucai & taugeh
["]1 biji telur
Cara-cara untuk Membuat Pes ialah :
1. ["]Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.
2. ["]Air rebusan jangan buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala.
3. ["]Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.
4. ["]Campurkan semua bahan untuk paste dengan air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.
5. ["]Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam fridge.
Cara-cara untuk Menggoreng Mee ialah :
1. ["]Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4sb paste tadi (guna 2 senduk kecil).
2. ["]Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
3. ["]Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.
4. ["]Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dalam 3-4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.