Monday 8 February 2016

Resepi Kuih Cakar Ayam Sedap

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[++]300 gm gula merah
[++]1 kilo @ 1/2 kilo keledek yang dikupas kulitnya
[++]1 sudu kecil kapur makan
[++]Air
[++]Minyak masak

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. [++]Kukur keledek hingga halus dan berbentuk seperti tali. Masukkan keledek tadi ke dalam air kapur selama 1 jam.

2. [++]Setelah cukup 1 jam keluar dan toskan sehingga kering. Setelah kering gorengkannya di dalam minyak yang panas.

3. [++]Sementara itu campurkan gula merah dan air di dalam kuali yang berasingan. Biarkannya sehingga gula merah tersebut cair dan larut di dalam air tersebut.

4. [++]Kemudian masukkan keledek yang digoreng tadi ke dalam gula merah. Gaulkan sehingga rata dan sebati.

5. [++]Kemudian, setelah sebati angkat dan masukkan ke dalam acuannya yang berbentuk bulat. Jangan lupa untuk menekannya sehingga padat.

6. [++]Akhir sekali sejukkannya. Anda harus menyimpannya di dalam bekas yang kedap udara kerana dikhuatiri kuih cakar ayam anda akan lemau jika dibiarkan terdedah.