Monday 8 February 2016

Resepi Murtabak Mini Daging Yang Enak

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(^)2 cawan daging cincang (ayam/daging)
(^)1 cawan kentang – dipotong dadu
(^)2 biji bawang kuning(holland) – dipotong dadu
(^)1 biji bawang – dihiris
(^)1 sudu kecil serbuk lada hitam
(^)1 paket kecil serbuk kari daging Babas
(^)Beberapa keping kulit popia (saiz besar)
(^)3 biji telur
(^)2-3 sudu besar tomato sos
(^)1 biji lada merah – dicincang halus
(^)1 biji lada hijau – dicincang halus
(^)1 1/2 cawan air
(^)2 sudu kecil perasa maggie ‘cukup rasa’
(^)Minyak untuk menumis

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:

1. (^)Tumiskan bawang holland hingga layu, setelah itu masukkan daging, kentang dan lada. Tumis bahan hingga garing.

2. (^)Setelah garing masukkan Serbuk kari, perasa maggie, garam secukupnya dan serbuk lada hitam.

3. (^)Biarkan sehingga pekat dan daging masak. Angkat dan biarkan sejuk sebelum membungkus.

4. (^)Ambil 1 biji telur dan ambil putihnya sahaja untuk dijadikan gam.

5. (^)Ambil 2 biji telur dan telur kuning yang dari lebihan tadi dan dipukul, setelah itu campurkan kedalam bekas yg mengandungi kari ayam tadi.

6. (^)Ambil kulit popia, letakkan inti keatasnya dan dilipat persegi.

7. (^)Bakar diatas kuali ‘non stick’ dengan menggunakan sedikit minyak, bakar lah sehingga kedua dua belah masak dan garing.