Saturday 6 February 2016

Resepi Otak-Otak Ala Johorean

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[-]3 keping ikan tenggiri atau ikan merah – diambil isinya sahaja dan dicincang halus
[-]1 sudu teh serbuk ketumbar
[-]3 batang cili merah – dibuang biji dan dikisar halus
[-]5 tangkai cili kering – direndam hingga lembut dan dikisar halus
[-]4 ulas bawang merah – dikisar
[-]2 ulas bawang putih – dikisar
[-]3 biji buah keras – dikisar
[-]1 cm halia – dikisar
[-]1 batang serai – dikisar
[-]1 cm kunyit hidup – dikisar
[-]175 ml pati santan
[-]garam secukup rasa
[-]20 helai daun kelapa
[-]Lidi secukupnya

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. [-]Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa.

2. [-]Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya

3. [-]Tunggu sehingga kuah sejuk. Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi.

4. [-]Sudukan ramuan ke atas daun kelapa.

5. [-]Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya dan siap boleh disimpan dalam peti sejuk atau terus dibakar.

6. [-]Bakar kedua-dua belah sehingga masak.