Monday 8 February 2016

Resepi Popia Mini Udang Kering Yang Rangup

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sedaikan ialah:-

[*]300 gram udang kering
[*]bawah merah (ikut suka) ditumbuk
[*]serbuk cili kering (ikut suka)
[*]air asam jawa (ikut suka)
[*]sedikit minyak untuk menumis
[*]garam, gula (lebihkan) & serbuk perasa (secukup rasa)
[*]Kulit popia

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. [*]Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.

2. [*]Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.

3. [*]Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.

4. [*]Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.

5. [*]Cara membungkus popia; Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atas potong segi empat panjang, isi udang ditengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.

6. [*]Goreng menggunakan minyak yang banyak dengan api yang sederhana. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng, gunakan api yang perlahan.

Tip Penting:-

[*]Tutup kulit popia yang belum dibungkus dengan kain untuk elakkan kulit popia jadi keras.