Thursday, 11 February 2016

REsepi Sup Ikan Merah Yang Sedap

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

("")1 ekor ikan merah anggaran 800grm
("")3 biji tomato
("")Jus perahan limau nipis secukupnya
("")1 pokok daun sup
("")Garam secukup rasa
("")Air secukupnya

Bahan-bahan Tumis –

("")1 bungkus sup bunjut ikan- adabi
("")2 biji bawang merah
("")1 biji bawang besar
("")3 ulas bawang putih
("")1 inci halia
("")1 inci lengkuas
("")5 biji lada hitam
("")5 biji cili api dititk-boleh tambah

Cara-cara untuk memasaknya ialah:-

1. ("")Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian. Semua bawang, halia, lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus dan tomato dipotong empat.

2. ("")Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk. Masukkan cili api dan semua ikan, biarkan sampai mendidih.

3. ("")Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut cita rasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah lagi jus limau nipis.

4. ("")Masukkan garam dan kacau sup seketika dan boleh dimasukkan buah tomato. Bila buah tomato nampak layu boleh lah ditutup api dan tabur daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.