Thursday, 11 February 2016

Resepi Sup Tulang Rusuk Bergetar

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[_]1 batang tulang rusuk – Potong dan cuci bersih.
[_]1 paket rempah sup tulang
[_]4 biji bawang putih – ketuk
[_]2 biji bawang besar – belah
[_]6 halia – thumb size, ketuk
[_]daun sup,
[_]limau nipis,
[_]cili api,
[_]bawang goreng
[_]ubi kentang – kupas kulit, belah 4
[_]Minyak untuk menumis
[_]1 liter air

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. [_]Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang puith, rempah sup dan halia hingga kuning dan naik bau.

2. [_]Masukkan tulang rusuk yang telah dicuci dan juga air. Renehkan hingga tulang empuk. Tambah air jika daging belum empuk.

3. [_]Masukkan kentang dan bawang besar dan dimasak lagi hingga kentang empuk. Rasakan garam gula.

4. [_]Semasa menghidang, taburkan daun sup yang dipotong halus, cili api potong, dan bawang goreng serta perahkan air limau nipis.

5. [_]Boleh dimakan dengan nasi putih, mee kuning atau mee hoon. Sedap juga dimakan bersama roti.