DOA APABILA MELIHAT ORANG DITIMPA MUSIBAH
Doa ini dibaca bagi menaruhkan harapan kepada Allah SWT agar kita dihindarkan daripada musibah yang menimpa seseorang atau sekelompok manusia yang lain dan juga sebagai tanda syukur kita atas nikmat kemuliaanNya.
Dari ‘Umar bin Al-Khattab r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang melihat orang ditimpa bala bencana (musibah) hendaklah dia mengucapkan doa ini dan dia akan diselamatkan dari bala’ (musibah) tersebut bagaimana pun ia selama dia hidup.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi, no. 3431. Bab: Apa yang diucapkan apabila melihat orang yang tertimpa bala)
Dalam riwayat yang lain:
“… (maka) dia tidak akan ditimpa bala (musibah) yang sebegitu.” (Hadis riwayat At-Tirmizi, no. 3432. Bab: Apa yang diucapkan apabila melihat orang yang tertimpa bala)
Daripada Ibnu Majah disebutkan:
“… Maka dia akan diselamatkan dari bala (musibah) tersebut bagaimana pun keadaannya.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, no. 3892. Bab: Apa yang diucapkan seseorang ketika melihat orang yang tertimpa bala)
.
Al-Imam At-Tirmizi setelah meriwayatkan hadis ini, beliau pun menyebutkan,
“Diriwayatkan dari Abi Ja’far Muhammad bin ‘Ali , bahawa beliau berkata:
“Apabila melihat orang tertimpa bala’ (musibah), dia pun berlindung di mana dia mengucapkan ucapan tersebut dalam hatinya tanpa memperdengarkan kepada orang yang tertimpa bala’ (musibah) tersebut.”
Musibah yang dimaksudkan dalam hadis di atas merangkumi musibah secara umum baik berupa penyakit, musibah pada tubuh badan, bala bencana, kesusahan, mahu pun musibah dalam perkara agama berupa kefasikan, maksiat, kecelaruan jantina, bid’ah, kezaliman, mahu pun kekafiran pada diri seseorang atau sekumpulan manusia.
Wallahu a'lam