Thursday, 8 December 2016

Cara-Cara Menyediakan Resepi Kerang Masak Lemak Cili Api

Tags


Bahan-bahan yang di perlukan :


  • 1 kg kerang (basuh bersih²)
  • 15 biji cili api (kalau nk pedas sila tambah)
  • 1 biji bawang besar atau 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (dititik)
  • sedikit asam keping/ air asam jawa
  • 100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi (jenama apa pun boleh) 


Cara Memasaknya : 


  • Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur
  • Titik kan serai
  • Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga kerang. Jangan lupa masukkan asam keping.
  • Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa
  • Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga kulit kerang mula terbuka boleh lah tutup kan api.

Mudah sangat2 kan??. Sedap dihidangkan dengan nasi putih panas.

P/S : Bagi korang yang kurang gemar dgnn kerang semata2, boleh juga campurkan dgn daun pucuk paku pakis sebagai penambah selera.

Selamat mencuba uolss & Jangan lupa share. ^_^