Monday 30 November 2015

Al-Fatihah, Pak Yus Jambu Meninggal dunia.

Tags



Pelakon dan pelawak terkenal, Yus Jambu meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Selayang dipercayai serangan jantung sebentar tadi.

Pak Yus yang sebelum itu dikatakan rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke Hospital Selayang.

Perkara ini juga disahkan oleh rakan seperjuangannya tauke dan juga Afdlin Shaukin menerusii instagram mereka.


"Innalillah wainna illaihi rojiuun. Al-fatihah. Rehat sahabat... Rehat. Semoga Allah meletakkan roh mu bersama roh-roh org beriman. Al-fatihah" tulis Afdlin menerusi akaun facebooknya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.