Friday 4 December 2015

DIFATWA HARAM : VAPE DIRAMPAS, ROKOK DI JUAL TANPA BATASAN.

Tags


Rokok elektronik atau sinonim dengan namanya VAPE yang menjadi tarikan anak muda ketika ini mula menjadi tanda tanya selepas dimenfatwakan haram.

Dalam isu ini, Mufti Wilayah persekutuan menjelaskan pengharaman Vape bukan dari segi nikotin tetapi kesan yang berlaku terhadap attitude atau sikap, tasyabbuh atau peniruan gaya barat.

Perkara ini timbul selepas kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan harga rokok. Tindakan demi tindakan diambil oleh kementerian kesihatan Malaysia untuk menghapuskan VAPE daripada terus berleluasa di negara ini.

Malah perkara ini juga bertambah rumit selepas ada sesetengah golongan profesional cuba memberitahu kesan Vape ini mudah mendapat kanser serta membahayakan kesihatan.

Jelas dan nyata rokok itu membahayakan kesihatan, tetapi kerajaan dan juga pihak kementerian kesihatan sekadar tampal poster dan tidak ambil tindakan kepada mereka yang menjual rokok dan juga penghisap rokok.

Kenapa perkara ini dilepaskan, sedangkan JAKIM sudah memberitahu rokok telah difatwakan HARAM. Kenapa tidak rampas segala rokok yang dijual dan KENAPA hanya rampas rokok yang diseludup? dengan alasan rokok seludup itu terlalu bahaya?

Ramai orang tahu rokok adalah cukai yang paling tinggi dan senang untuk kerajaan membuat duit dan ramai juga orang tahu, rokok seludup itu murah dan tiada cukai termasuklah vape juga tiada cukai yang dikena.

Benda yang haram dijual tanpa batasan, keluarkan kenyataan lagi, umur 18tahun ke bawah dilarang membeli rokok! umur 18 tahun ke bawah tidak boleh merokok! iklan untuk apa sebenarnya itu. sekadar peringatan. Di mana letaknya papan tanda ROKOK haram dijual kepada orang Islam?

HARAM..HARAM...HARAM.... bila fikirkan kewajaranya, kerajaan akan rugi apabila rakyatnya hisap rokok seludup dan juga VAPE. 

Benda yang melibatkan TIADA CUKAI, semuanya diserbu dan diharamkan walaupun jelas ada yang mengatakan perisa vape itu datang dari bahan-bahan membuat kek.

saat sekarang ini, kesemua yang melibatkan barang, sudah dicukaikan. biarpun kerajan menjelaskan ekonomi kita yang tidak stabil ini, sekurang-kurangnya penghapusan subsisi boleh membantu kerajaan membayar hutang negara. Kenapa rakyat harus menjadi mangsa? 

seharusnya Malaysia mampu mengerakkan ekonomi yang lebih stabil, seperti Tun Dr Mahathir sendiri, memperkembangkan ekonomi malaysia sehingga Malaysia terkenal dipelusuk dunia. 

Selepas pemerintahan Mahathir, Perdana Menteri berikutnya sekadar tumpang pemikiran Mahathir. Disebabkan itulah Malaysia semakin hari dibebankan dengan hutang negara yang banyak.

Cuba fikirkan, sebagai contoh, hidup 40 tahun hanya menggunakan driver, dan kita duduk dibelakang tanpa fikir kesesakan lalu lintas. Cuba hidup kita, kita yang pandu sendiri, keluar rumah awal pagi dengan bawa kereta sendiri, sangkut lalu lintas. bawa duit dalam poket RM50 sehari. bayangkan?