Wednesday 27 January 2016

7 PETUA UNTUK HALAU TIKUS



Tikus merupakan binatang dalam kategori parasit rumah yang membawa kekotoran dan sentiasa memberi kerosakkan terutama di sekitar ruangan dapur di samping membawa risiko penyakit berjangkit seperti kencing tikus. Kehadiran binatang ini sememangnya menjelikkan tetapi bagaimana cara mengatasinya?

Berikut adalah 7 petua halau tikus dari rumah yang boleh anda ikuti, lebih penting petua yang di perturunkan adalah mudah dan jimat.

1. Pokok durian belanda :
Tanam pokok durian belanda dan gunakan daun durian belanda. Caranya ialah letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi.

2. Daun durian belanda :
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

3. Jering dan tangkai jering :
Dapatkan buah jering dan tangkai jering. Letakkan di lokasi tikus selalu berkumpul. Bau jering akan menjengkelkan tikus itu, percayalah…

4. Lada hitam :
Taburkan kawasan yang di syaki tempat laluan tikus dengan lada hitam. Tikus tak suka lada hitam kerana hidungnya sangat sensitif.

5. Perangkap :
Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering di lalui tikus. Letakkan sedikit tepung pada perangkap itu untuk menarik tikus ke situ.

6. Kucing :
Bela kucing kampung, kucing kampung adalah jenis pemburu hebat, rumah yang mempunyai kucing kampung biasanya jarang ada tikus.

7. Burung hantu :
Bela burung hantu, tikus juga merupakan diet utama pada burung hantu. Juga merupakan pemburu hebat seperti kucing, (jika anda tinggal berhampiran sawah padi atau ladang sawit).

7 Petua halau tikus dari rumah ini adalah alternatif terbaik dalam mengatasi tikus yang membiak di rumah kita, pilih yang mana bersesuaian dengan anda. Semoga masalah tikus di rumah anda dapat di atasi.