Saturday 16 January 2016

RESEPI PAU GEBU GEBAS LEMBUT BILA DI MAKAN

Tags


Bahan-bahan yang perlu sediakan ialah:-

(_)250 gram (2 1/2 cawan) tepung pau - ayak
(_)3 gram (3/4 sudu teh) yis kering
(_)2 gram (1/2 sudu teh) baking powder
(_)50 gram (4 sudu besar) gula kaster
(_)20 gram (1 sudu besar)  sayuran
(_)2 gram (1 sudu teh) bread softener
(_)1/2 cawan air suam

Cara-cara untuk mebuatnya ialah:-

(_)Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener dan gula di dalam mangkuk adunan.

(_)Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

(_)Bahagikan doh kepada  30- 40 gram setiap satu. Rehatkan selama 10 minit lagi.

(_)Masukkan inti dan tutup kemas. Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2" x 2") dan susun di dalam pengukus. Rehatkan pau selama 45 minit sebelum dikukus.

(_)Untuk mengukus, didihkan air di dalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit. Tutup penutup pengukus dengan kain untuk mengelak air menitis atas pau semasa dikukus.

Nota Penting:-

(_)Air perlu lah betul betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu dan utk pau yg sentiasa panas dan lembut, letakkan dlm rice cooker di atas nasi (jika mempunyai rice cooker yg ada pengukus).


(_)Angkat bahagian pengukus yang ada pau dengan penutup sekali bagi memastikan pau tidak menggerutu permukaannya.