Saturday 16 January 2016

5 TIPS DAN PETUA UNTUK SI MANJA ANDA

Tags


1. {_}Melentikkan bulu mata bayi:-

``Kepada ibu-ibu yang ingin melentikkan bulu mata anak, cubalah petua ini. Sapukan bulu mata anak kita dengan susu ibu setiap kali selepas menyusukannya. Amalkan selalu dan kita akan dapati bulu mata bayi anda semakin lebat, lentik dan cantik.


2. {_}Kepala bayi berkerak:-

``Jika kepala bayi anda berkerak, ambillah segenggam kelapa parut dan campurkan dengan 2/3 ketul garam kasar. Masukkan campuran tersebut ke dalam perca kain dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Selepas itu, sapulah ke atas kepala bayi dan biarkan seketika. Hasilnya kerak akan hilang dan dalam masa yang sama rambut bayi anda akan lebat dan hitam.

3. {_}Hilangkan kembung perut:-

``Bagi menghilangkan kembung perut bayi, ambil 2/3 biji lada hitam dan tumbuk sehingga halus. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam itu ke dalam pusat bayi dan biarkan. Tepuk belakang badan bayi untuk menenangkannya.

4. {_}Elak kencing malam:-

``Sekiranya anak kita sering kencing malam, berikan dia makan satu sudu kecil madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon. Amalkan pada waktu pagi dan sebelum tidur. Semoga anak kecil kita berhenti kencing malam.

5. {_}Ruam:-

``Ruam panas sering menyerang bayi yang baru lahir. Untuk meredakannya, gunakan kanji nasi. Untuk membuatnya, masak bubur nasi. Kemudian, ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan air kanji tersebut pada ruam. Hasilnya, ruam akan berkurangan.