Sunday 28 February 2016

6 Punca Rambut Rosak Rosak Yang Sering Anda Lakukan

Tags


1. (!!)Tak tahu jenis rambut

(*)Mungkin anda tahu rambut anda kerinting atau lurus tetapi ramai yang tidak tahu keperluan rambut. Sama ada perlukan lebih minyak, kelembapan dan sebagainya.


2. (!!)Tidak minum banyak air

(*)Minum air suam bagus untuk suburkan rambut. Lagi bagus, akan melembapkan akar rambut dan memberikan sinar pada setiap helaian rambut.


3. (!!)Guna produk salah

(*)Apabila tidak memahami jenis rambut, muncul pula masalah menggunakan produk yang tidak sesuai dengan rambut yang dimiliki. Ramai yang terperangkap dengan iklan produk yang mendorong anda untuk mencubanya kerana menjanjikan rambut ikal bersinar tanpa menghiraukan sama ada produk tersebut sesuai atau tidak.


4. (!!)Cara sikat kasar

(*)Menyikat rambut kusut sebenarnya menyumbang kepada keguguran rambut. Sebaiknya cuba sikat menggunakan sikat bergigi jarang terutama bagi rambut yang kerinting.


5. (!!)Terlalu banyak produk

(*)Bagi yang obses dengan penjagaan rambut, mereka akan menggunakan bermacam-macam produk yang kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang merosakkan lagi tekstur rambut.


6. (!!)Sambil lewa

(*)Ada juga yang tidak hiraukan langsung penjagaan rambut. Sikap sambil lewa seperti menggunakan  apa sahaja syampu yang ada di depan mata dan tidak mengeringkan rambut adalah sikap yang tidak baik. Ini adalah penyumbang rambut yang mudah rosak.