Saturday 27 February 2016

Anda Hamil Lagi? Jom Ikut 6 Langkah Mudah Ini Untuk Jaga Emosi

Tags


(!!!)Bukan mudah melupakan kenangan pahit terutama yang melibatkan keguguran cahaya mata yang selama ini dinantikan. Sedikit sebanyak akan membuatkan anda bimbang untuk hamil kali kedua.


(!!!)Perasaan takut, bimbang dan gundah tentang kehamilan baru setelah berlaku keguguran pasti terbit kepada wanita yang mengalaminya.


(!!!)Teruskan berdoa agar anda kekal kuat untuk kesihatan anda dan juga bayi dalam kandungan. Tak payah nak kalut dan dengar mulut orang, paling senang anda ikut cara ini...


1. (!!!)Sibukkan diri anda dengan aktiviti seharian. Dengan cara itu anda akan kurang memikirkan tentang perkara yang tidak sepatutnya.


2. (!!!)Buat wanita yang pertama kali mengalaminya, pasti buntu memikirkan kenapa keguguran berlaku. Pertamanya anda perlu ingat itu adalah ketentuan tuhan dan terimalah dengan hati terbuka.


3. (!!!)Kumpul maklumat. Sama ada daripada doktor atau pembacaan sendiri. Dengan cara itu mungkin perkara sama boleh anda elakkan.


4. (!!!)Lakukan senaman ringkas. Ini membantu anda berfikir lebih jelas. Gunakan masa ini untuk belajar menyayangi bayi baru.


5. (!!!)Luahkan kebimbangan. Jangan rasakan anda seorang sahaja yang mengalaminya. Suami atau orang yang rapat dengan anda boleh saling menyokong.


6. (!!!)Dapatkan nasihat doktor secara kerap. Anda boleh mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan. Perasaan risau pasti akan berkurangan.