Sunday 28 February 2016

Keputihan Anda Melampau?! Anda Harus Baca Ni

Tags


keputihan terjadi kerana proses perubahan hormon kehamilan seperti estrogen. Tapi masalah ini tak boleh dipandang remeh sebab keputihan yang terlalu banyak boleh mengganggu kehamilan.

Keputihan normal

{•••}Warna putih bening, cair, tidak berbau hanyir atau busuk dan tidak menimbulkan kegatalan.

Keputihan abnormal

{•••}Warna kehijauan atau kekuningan, berbau hanyir atau busuk dan menimbulkan kegatalan di kulit.

Penyebab keputihan:

1. {•••}Perubahan hormon

Perubahan hormon memberi kesan kepada keseimbangan hormon estrogen dan progesteron sehingga keputihan terjadi.

2. {•••}Terlalu penat

Aktiviti berlebihan yang dilakukan wanita hamil akan mencetuskan keletihan dan kekurangan elektrolit tubuh, sedangkan janin masih memerlukan elektrolit tubuh yang disalurkan melalui plasenta. Ketidakseimbangan elektrolit antara janin dan tubuh ibu akan menyebabkan timbulnya reaksi hormon berupa keputihan.

3. {•••}Pengambilan makanan

Jangan tak tahu, makanan yang berasal daripada proses penapaian seperti keju dan tempe yang diambil semasa hamil juga akan mempengaruhi keseimbangan hormon sehingga munculnya keputihan.

4. {•••}Perubahan pH

Perubahan darjah keasidan dalam faraj dan rahim peranakan disebabkan oleh aktiviti hormon pertumbuhan dan perkembangan janin turut menyebabkan keputihan.

5. {•••}Tekanan dan kemurungan

Stres dan kemurungan terjadi semasa hamil akan mencetuskan pengeluaran hormon yang boleh merosakkan komposisi keseimbangan hormon.

Cara atasi masalah keputihan

{•••} Tak perlu risau masalah ini akan hilang setelah proses bersalin  berlaku.

{•••} Jaga kebersihan badan dan pakaian. Dapatkan rawatan seberapa segera untuk melihat kondisi
kehamilan anda.

{•••} Jika dibiarkan masalah keputihan abnormal, bimbang akan menjalar ke dalam rahim dan mengancam keselamatan janin dalam kandungan.

{•••} Elak pemakaian panty liner terlalu kerap.

{•••} Kalau boleh jangan guna cairan pembersih terlalu kerap.

{•••} Gunakan seluar dalam yang boleh menyerap peluh

{•••} Cuba elakkan sabun yang terlalu banyak kandungan wangiannya