Thursday 3 March 2016

Diet Dengan Cara Lebih Mudah

Tags


Menambah karbohidrat selepas senaman

{!!!!}Pastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Isi atau tambah semula bekalan karbohidrat di dalam badan selepas dari sesi senaman anda.

{!!!!}Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah di mana penambahan karbohidrat sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

Jangan tidur ketika lapar

{!!!!}Ada yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya tidak benar, sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbohidrat pada lewat malam dan pilihan dari sumber protein adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

Kitaran kalori

{!!!!}Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Apabila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisme anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisme yang rendah ini. Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung menjadikan diet anda lebih menarik.

Lengkapkan Dengan Protein

{!!!!}Nutrien terpenting dalam pelan diet anda. Protein akan membantu dalam mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya. Pastikan anda mengambil protein yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.  Pilih protein yang baik dari sumber-sumber semula jadi untuk hasil yang terbaik.