Thursday 3 March 2016

Ghairah Layan 'Teman Handphone' Jangan Sampai Begini

Tags

 Ghairah Layan 'Teman Handphone' Jangan Sampai Begini

Agaknya macam mana nak buat kalau suami atau isteri ada rumah tetapi asyik tengok handphone. Langsung tak bercakap dengan pasangan, mungkin sibuk dengan kerja dan terpaksa bincang hal kerja dalam Whatsapp. Tetapi kalau 24 jam hadap handphone, haruslah pasangan kecil hati.

Tambah jika si dia mula aktif dalam 'group' alumni sekolah, jadi kurang melayan pasangan. Bunyi “notification”, laju si dia capai handphone. Inilah yang boleh rosakkan hubungan suami isteri. Namun sebenarnya anda boleh baiki situasi dengan cara ini...

1. Rumah adalah syurga suami isteri, jadikan tempat bersembang bersukaria dan berbaring seperti mana ayat ini.
“Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin”. (Surah Yasin: 56)

2. Boleh layan Whatsapp atau WeChat jika anda bersendirian. (Semasa pasangan belum pulang ke rumah lagi).

3. Jika pasangan sudah ada di rumah dan dia nampak anda sudah sampai ke rumah, terus jumpa dia beri salam dengan kucupan mesra. Kemudian jika ada lagi mesej yang “MESTI” dijawab dalam handphone, minta kebenaran daripadanya untuk beberapa minit untuk selesaikan tuntutan itu.

4. Untuk menilai mesej itu penting untuk dijawab ialah dengan anda sendiri menjawab soalan ini. “Kalau mesej ini tidak dijawab sekarang, adakah boleh mengeruhkan emosi. Jika jawapannya “TIDAK”. Abaikan dan teruslah melayan pasangan anda.

5. Sebaik-baiknya buat peraturan atau jadual di rumah waktu untuk main handphone atau online.

Contoh waktu hadap handphone: Jam 9pm -10pm sahaja (melainkan pasangan ada tugas lain atau ingin sendirian).

6. Wujudkan ZON BEBAS handphone di rumah. Contoh di dalam bilik tidur, meja makan dan tandas.

7. Duduk bersama pasangan kalau nak membalas Whatsapp atau WeChat suami isteri sebagai aktiviti sebelum tidur.

8. Paling penting tiada rahsia Whatsapp atau WeChat antara anda dan dia.