Thursday 3 March 2016

Resepi Lasagna Mudah Dibuat

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:

Kulit pasta –

[_]Ikut saiz loyang. Loyang kecil perlukan 4 keping kulit pasta sahaja. Celurkan dalam air mendidih yang telah diletak minyak dan garam.

Inti Daging –

[_]Daging kisar sepaket
[_]Olive oil/Minyak Zaiton
[_]1/2 biji bawang besar
[_]1 tin sos prego tradisional tomato
[_]Sedikit capsicum dan lada bsr – hijau, merah, kuning
[_]1 tin cendawan butang
[_]Serbuk oregano dan italian herbs
[_]sedikit garam

Sos Putih –

[_]500 ml susu segar
[_]1/3 drpd kotak cheddar cheese
[_]2 sudu bsr tepung
[_]2 sudu makan butter
[_]Sedikit garam

Cara-cara untuk Memasaknya:

1. [_]Sediakan inti daging. Tumis macam biasa macam buat sos spaghetti.

2. [_]Sediakan sos putih dan cairkan butter. Masukkan tepung, gaulkan dan masukkan susu dan keju.

Cara-cara Sediakan Lasagna –

1. [_]Oles loyang dengan butter supaya tak melekat pasta.

2. [_]Lapisan bawah skali letak kulit pasta diikuti dengan inti daging, kemudian sos putih.

3. [_]Atas sos putih tabur Mozarella Cheese. Ulang balik, kulit, inti, sos putih, mozarella.

4. [_]Akhir sekali masukkan dalam oven dengan suhu 180 degree selama 40 minit atau sampai masak.

5. [_]Siap untuk dihidangkan.