Thursday 3 March 2016

Tips Untuk Ajar Anak Berdikari Sendiri

Tags


Ajarkan aktiviti rutin sehari-hari

:":Lakukan aktiviti seperti makan, mandi, tidur, dan bermain  dalam urutan yang sama setiap hari. Ini akan membantu anak untuk menjangka sesuatu aktiviti itu setelah dilakukannya. Kemampuan anak untuk meletakkan jangkaan akan membangun rasa percaya dirinya sebagai modal utama untuk membangunnya berdikari.

Ciptakan rutin yang normal

:":Buat jadual rutin yang sesuai dengan jadual kegiatan keluarga secara keseluruhan. Misalnya, biasakan bangun tidur dan sarapan bersamaan waktu anda. Jika tidak, biarkan dia mengikuti jadualnya sendiri. Anda tidak perlu memaksanya. Ini kerana jika anak tidak mampu melakukan apa yang anda inginkan akan memupuk rasa rendah diri.

Bersikaplah fleksibel

:":Tidak perlu bersikap kaku kerana keperluan anak berbeza pada setiap hari. Ada kalanya dia memerlukan tidur dua kali sehari tapi ada kalanya  hanya satu kali bila jumlah waktu tidurnya sudah dipenuhi. Anda tidak perlu memaksanya mematuhi jadual tidur. Anda dapat mengganti waktu tidur yang tidak digunakannya dengan bermain. Paling penting aktivitinya dilakukan pada urutan yang boleh dijangkakannya. Anda juga tidak perlu memarahinya jika dia belum mampu mematuhinya sesuai dengan keinginan anda.  Nilai perkembangan kemajuan dalam melakukan rutin. Jangan lupa memberikannya pujian apabila dia dapat melakukan rutin tanpa paksaan.

Melatih anak menyiapkan kelengkapan

:":Sebelum mandi, minta anak membantu mengambil tualanya sendiri. Setelah selesai mandi, minta dia memilih baju yang akan dipakainya. Kegiatan seperti ini akan membuat anak merasa menjadi sebahagian dari seluruh aktiviti rutin dalam kehidupan sehari-hari hingga dia dewasa kelak.

Membuat alat bantu untuk mengingatkan

:":Buat jadual dalam bentuk poster bergambar. Bantu dia membaca gambar. Misalnya untuk menunjukkan waktu pagi, siang dan malam, gunakan gambar bulan dan matahari  yang berbeza-beza. Bagi menunjukkan  kegiatannya, gunakan gambar. Misalnya berus gigi untuk menggosok gigi, pinggan untuk makan dan sebagainya.