Tuesday 17 May 2016

Khasiat Strawberi Yang Anda Perlu Tahu

Tags

strawberi

Khasiat Strawberi Yang Anda Perlu Tahu

Tahukah anda, buah strawberi mempunyai pelbagai khasiat yang amat baik untuk kesihatan kita? Antara khasiat dan kebaikan strawberi ialah;

1. Arthritis

Penyakit ini akan menyebabkan otot menjadi lemah, lebih kecil dan kering. Racun yang kemudian lebih mudah tersebar dan memenuhi ruangan pada otot. Dengan mengambil strawberi secara teratur, unsur anti oksidan yang terkandung di dalamnya akan menekan bahaya penyempitan otot tersebut. Racun yang ada di dalam otot kemudian ditendang keluar dan perlahan-lahan otot kembali dapat bernafas dengan lega.

2. Kanser

Buah strawberri mengandung unsur anti oksidan yang dapat membantu memerangi dan mencegah perkembangan sel kanser.

3. Kesihatan Mata

Usia dan kadar nutrisi yang diambil oleh tubuh badan akan mempengaruhi kesihatan mata. Zat anti oksidan yang terdapat dalam buah strawberi dapat memerangi radikal bebas, dan mencegah penuaan. Makan tiga buah strawberi ataU lebih setiap hari mampu menurunkan risiko degradasi mata, demikian menurut Mayo Clinic. Menurut penelitian terbaru, vitamin C pada strawberi juga mampu melindungi mata dari sinar matahari.

4. Kesihatan Otak

Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan, namun ia juga mengancam fungsi otak. strawberi dikatakan sebagai makanan untuk otak. Kajian membuktikan bahwa makan strawberi berkaitan rapat dengan penurunan risiko penyakit Alzheimer, Parkinson, dan demensia.

5. Tekanan Darah Tinggi

strawberi mengandungi potasium dan zat besi yang tinggi, oleh itu ia sangat efektif untuk tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang kembali.

6. Penyakit Jantung

Kerana kandungan serat yang tinggi, folat, vitamin C dan anti oksidan, strawberi sangat efektif mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung. Makan buah strawberi secara rutin dapat menurunkan risiko penyakit jantung dan stroke.

7. Kesihatan Kulit

Antioksidan bernama asam ellagic mampu mencegah penuaan dan memperbaiki sel kulit rosak yang disebabkan oleh sinar UV. Jadi selain menggunakan krim kecantikan yang mencegah penuaan, anda boleh menikmati strawberi untuk menyihatkan kulit.

8. Sistem Imun

Kandungan vitamin C tinggi pada strawberi dikaitkan dengan peningkatan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, strawberi juga mampu melawan beberapa penyakit kanser, salah satunya adalah kanser payudara.

9. Ibu Hamil

Tahukah Anda, strawberi juga mengandung asam folat yang diperlukan oleh ibu hamil demi menjaga perkembangan otak janin dalam rahim. Asam folat juga berkhasiat mencegah bayi lahir cacat.Itulah beberapa khasiat menakjubkan dari makan buah strawberi.