Bahan-bahannya ialah:
(**)10 ketul kepak ayam
(**)5cm halia – diparut
(**)6 ulas bawang putih – diparut
(**)1 sudu makan madu atau lebih
(**)1 sudu makan gula perang
(**)1 sudu kecil lada hitam
(**)1 sudu makan kicap pekat
(**)1 sudu makan sos tiram
(**)2 setengah sudu makan mayonis
(**)Butter yang berkualiti
(**)garam
Cara-cara penyediaannya ialah:
(**)1.Basuh sehingga bersih kepak ayam tersebut.
(**)2.Gaulkan kepak ayam bersama semua bahan kecuali butter dan diperap selama 5 jam atau lebih.
(**)3.Panaskan oven pada suhu 180 dan alaskan loyang dengan aluminium foil.
(**)4.Susun kepak ayam kemudian letak butter di atas ayam.
(**)5.Bakar selama 45minit-1jam atau hingga keperangan.
(**)P/s:Resepi Ayam Bakar Madu Mayonis lebih sedap jika diperap semalaman kerana bahan-bahan perapan tersebut dapat meresap kedalam kepak ayam.Jika mahu lebih sedap jika anda sediakan pencicah yang dibuat daripada kicap dan perahan limau.