Bahan-Bahannya ialah:
(**)1/2 ekor ayam – basuh dan bersihkan
(**)1 paket santan pekat – boleh gantikan dengan susu cair
(**)1 keping asam keping
(**)2 biji ubi kentang – potong 4
(**)minyak masak
(**)garam & gula
Bahan Kisar A –
(**)15 tangkai cili hijau
(**)6 ulas bawang merah kecil
(**)3 ulas bawang putih
(**)sedikit halia
(**)2 sudu besar rempah kari Babas
Bahan Kisar B –
(**)3 helai daun limau purut
(**)1 atau 2 batang saderi
(**)5 tangkai daun bawang
(**)beberapa helai daun selasih
Bahan Tumis –
(**)bunga lawang
(**)kulit kayu manis
(**)buah pelaga
(**)2 tangkai daun kari
Cara Memasaknya ialah:
(**)1. Panaskan minyak masak tumiskan bahan penumis dan terus masukkan bahan kisar A, (kalau boleh kurangkan air ketika mengisar biar pekat) .
(**)2. Masak sehingga pecah minyak, masukkan pula bahan kisar B, kacau rata hingga naik bau.
(**)3. Masukkan ayam dan ubi kentang kacau sekejap dan terus masukkan santan (kalau pekat sangat bolehlaa masukkan sedikit air).
(**)4. Akhir sekali bila kentang dah empuk, ayam dah masak, perasakan dengan garam dan gula serta masukkan asam keping.
(**)5. Bila dah mendidih dan asam keping mula kembang boleh matikan api. Hidangkan.