Tuesday 3 May 2016

Resepi Biskut Semperit Susu

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(**)250g susu pekat manis (1/2 tin yang beratnya 505g)
(**)250g butter,lembut tapi jangan terlalu lembik.Nanti biskut berminyak
(**)600g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly)

Cara-cara membuatnya ialah:

(**)1.Pukul sebati susu pekat manis dan butter.Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan.Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
(**)2.Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit,sambil digaul sebati untuk dipicit ke dalam acuan.Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
(**)3.Picitkan atas dulang yang dialas baking paper.Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
(**)4.Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
(**)5.Keluarkan kemudian biarkan ianya sejuk dan mengeras.
(**)6.Siap untuk disimpan kedalam balang.


(**)P/s:Biskut Semperit Susu ini tidak boleh dimakan ketika panas kerana takut ianya masih lembik.Selain itu,untuk biskut tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi.