Resepi Sup Tofu Telur
Bahan-bahannya ialah:
(**)2 batang setengah tofu telur – dipotong
(**)5 biji bawang merah – dihiris halus
(**)4 ulas bawang putih – dihiris halus
(**)halia (agak-agak je) – dihiris halus
(**)1 biji putih telur
(**)1 tangkai daun sawi – dipotong
(**)setengah biji lada benggala merah – dihiris panjang
(**)setengah biji lobak merah – parut
(**)1 sudu kecil serbuk lada sulah
(**)Air
(**)Garam
(**)Minyak jagung untuk menumis
Cara-cara memasaknya ialah:
(**)1.Panaskan minyak jagung dalam kuali dan tumis bahan yang dihiris halus sehingga naik bau.
(**)2.Masukkan air secukupnya bersama daun sawi,lada benggala dan lobak merah serta biarkan ianya mendidih.
(**)3.Apabila sayur-sayuran setengah lembut,masukkan tofu telur dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah.
(**)4.Masukkan putih telur dan kacau sehingga rata kemudian biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.
(**)P/s:Sup Tofu Telur lebih sedap jika dimakan terus ketika ianya sedang panas dan dinasihatkan supaya sediakan sambal buatan sediri daripada lada dan kicap.