Sunday 1 May 2016

Resepi Breadstick

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(**)4 cawan tepung gandum
(**)2 sudu kecil yis
(**)2 cawan air suam
(**)1 sudu kecil gula kastor
(**)2 sudu besar susu tepung
(**)2 sudu kecil garam
(**)3 sudu besar minyak zaitun
(**)Daun parsley (dicincang halus)

Cara membuatnya ialah:

(**)1.Campurkan gula dalam air suam , masukkan yis dan biarkan ia berbuih dalam masa 10-15 minit.

(**)2.Satukan tepung , garam , susu dan minyak zaitun dan masukkan air yis yang sudah berbuih kedalam satu bekas dan uli sebati.

(**)3.Selepas diuli , gelek doh leper dan besar segiempat mengikut saiz tray pembakar.

(**)4.Sapukan tray dengan minyak zaitun dan letakkan doh yang telah digelek.

(**)5.Potongkan doh dengan anggaran 1 inci setengah dari hujung ke hujung menggunakan pisau.

(**)6.Tutup dengan plastik wrapper dan perap selama 40 minit.

(**)7.Panaskan oven pada suhu 180c selama 15 miniit , sapukan permukaan doh dengan topping kesukaan , taburkan parmesan cheese dan daun parsley.

(**)8.Bakar selama 25 minit dan siap untuk dihidangkan.

(**)P/s:Breadstick sesuai dimakan bersama sup cendawan dan susu.