Bahan-bahannya ialah:
(**)1 kg tepung gandum
(**)1 paket yis kering (dilarutkan)
(**)1 cawan gula pasir (dikarutkan)
(**)3 ½ cawan air (dilarutkan)
(**)Sedikit garam (dilarutkan)
(**)2 biji telur (pecah dan kacau rata)
(**)½ cawan minyak mazola
(**)1 sudu kecil soda bikarbonat
(**)1 sudu kecil air kapur
Cara membuatnya ialah:
(**)1.Satukan tepung gandum , minyak mazola dan masukkan bahan yang telah dilarutkan serta telur kedalam satu bekas.
(**)2.Masukkan air dan uli adunan hingga licin dan tak melekat pada tangan.
(**)3.Tutup dengan tuala lembab dan biarkan semalaman.
(**)4.Uli lagi hingga licin dan lembut.
(**)5.Ambil sedikit adunan dan canaikan.
(**)6.Potong adunan dalam bentuk memanjang.
(**)7.Dengan mengunakan lidi , celup dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi.
(**)8.Ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz , lekatkan , tekan sedikit di bahagian yang dibasahkan dengan air tadi.
(**)9.Ulangi proses dan goreng dengan minyak penuh dan api sederhana.
(**)Cakoi sangat sesuai dimakan bersama sambal bilis atau kaya.