Monday 2 May 2016

Resepi Cucur Badak

Tags


Bahan-bahannya ialah:

Untuk inti:

(**)½ biji kelapa parut
(**)Kisar semua bahan dibawah:
(**)100 gram udang kering (rendam)
(**)1 ulas bawang putih
(**)3 biji bawang merah
(**)7 tangkai lada merah
(**)1 cm halia
(**)1 batang serai
(**)1 sudu teh serbuk kunyit
(**)2 sudu makan gula
(**)½ sudu teh garam
(**)2 sudu makan minyak masak

Untuk doh:

(**)250 gram keledek (rebus dan lenyek)
(**)3 ½ sudu makan tepung gandum
(**)½ sudu teh garam
(**)½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuat inti:

(**)1.Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang telah dikisar , kemudian tumis sehingga naik bau dan masak.
(**)2.Masukkan kelapa , kacau rata dan ketepikan.

Untuk kuih :

(**)1.Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak untuk membentuk doh (tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat).
(**)2.Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf dan isikan inti di tengah-tengahnya.
(**)3.Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dan goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.
(**)4.Siap untuk dimakan.

(**)P/s:Cucur Badak sangat sesuai dijadikan menu petang dan sesuai dihidangkan bersama teh panas .