Bahan-bahannya ialah:
(**)setengah kilo daging – dipotong nipis dan dicelur/direbus dengan pewarna merah sehingga empuk.
(**)1 biji setengah bawang besar – dihiris
(**)1 biji lada benggala hijau – dipotong
(**)1 cm halia – diketuk
(**)3 sudu besar sos cili
(**)3 sudu besar sos tomato
(**)1 setengah sudu besar sos tiram
(**)garam secukup rasa
Cara-cara untuk memasaknya ialah:
(**)1.Panaskn minyak kemudian tumiskan bawang besar,bawang putih dan halia sampai naik baunya.
(**)2.Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram.
(**)3.Jika terlampau kering masukkan air rebusan daging kedalam kuali dan garam secukup rasa.
(**)4.Masukkan daging kemudian biar sampai ianya mendidih sehingga kuahnya sedikit pekat.
(**)5.Akhir sekali masukkan lada benggala tadi kemudian tabur daun sup dan juga daun bawang.
(**)P/s:Resepi Daging Masak Merah lebih sedap jika dimasukkan sos tiram sebanyak 2 sudu besar dan biarkan kuahnya sedikit kering.