Sunday, 1 May 2016

Resepi Mee Kari

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(**)Mee kuning 1 paket – dicelur.
(**)Santan 1 kotak kecil (kalau santan segar lagi bagus).
(**)Fish ball.
(**)Tauhu faw.
(**)Rempah kari 6sudu besar – dibancuh bersama air.
(**)Gula melaka.
(**)Kiub pati ayam 1.
(**)Kerisik 4 sudu besar.
(**)Serai 1 batang – diketuk.
(**)Asam gelugor 2 keping.

Bahan Untuk Ditumis:

(**)Kayu manis.
(**)Cengkih.
(**)Bunga lawang.
(**)Buah pelaga.
(**)Daun kari.
(**)^agak-agak je semua yang diatas^

Bahan Untuk Dikisar:

(**)Cili kering 17 tangkai.
(**)Bawang merah 6 biji.
(**)Bawang putih 4 biji.
(**)Udang kering 3 sudu besar.
(**)Belacan 1 inci.

Bahan-bahan Untuk Hiasan:

(**)Udang – direbus sebentar.
(**)Isi Ayam – direbus dan siat.
(**)Kacang panjang – dicelur sekejap.
(**)Telur rebus.
(**)Taugeh – dicelur sekejap.


Cara-cara Menyediakannya ialah:

(**)1)Panaskan minyak,masukkan bahan tumis,tumis sampai wangi kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sampai betul-betul pecah minyak.
(**)2)Masukkan rempah kari.kacau sehingga 3 minit kemudian masukkan serai,asam gelugor,gula melaka, kiub dan kerisik.
(**)3)Masukkan Air dalam 4 cawan biarkan sehingga mendidih,masukkan fish ball dan tauhu,serta santan kemudian masukkan garam secukup rasa.
(**)4)Bila kuah dah masak kemudian curahkan ke atas mee dan taruk bahan hiasan.
(**)5)Sedia untuk dihidangkan.

(**)P/s:Resepi Mee Kari lebih sedap jika ditabur sedikit bawang goreng dan lebihkan isi ayam.