Monday 2 May 2016

Resepi Ikan Bakar Portugis

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(**)1 ekor ikan siakap – dikelar
(**)5 helai daun limau purut – dihiris halus
(**)3 sudu besar minyak bawang putih – Chef akan ajar sebentar lagi
(**)1 sudu kecil penuh garam
(**)1 sudu besar penuh gula
(**)Aluminium foil/daun pisang

Bahan yang hendak ditumis:

(**)3 sudu besar cili kering kisar
(**)2 biji buah keras
(**)6 biji bawang merah
(**)2 ulas bawang putih
(**)2 batang serai
(**)2 hiris lengkuas
(**)Garam
(**)Gula

Cara cara membuatnya ialah:

(**)1.Kisar semua bahan-bahan yang hendak ditumis dan masak semua bahan-bahan tumisan seperti memasak sambal.Masak hingga pecah minyak kemudian perasakan degan garam dan gula secukup rasa.

(**)2.Untuk Minyak Bawang Putih – Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya.Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing.Kemudian angkat dengan minyaknya semua sekali kerana minyaknya yang akan kita gunakan dan sejukkan.

(**)3.Ikan dibersihkan dan di toskan.Letak ikan atas foil, lumur dengan campuran bahan tumis tadi.Jika suka, boleh diletakkan daun pisang di atas foil bagi menambah wangi.

(**)4.Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau.Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak.

(**)5.Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai. 6.Boleh dihidangkan.

(**)P/s:Resepi Ikan Bakar Portugis ini lebih sedap jika diperahkan jus limau kasturi diatasnya.