Bahan-bahannya ialah:
(**)5 keping ikan tenggiri (atau ikut jenis ikan kesukaan anda).
(**)9 ulas bawang merah.^
(**)2 ulas bawang putih.^
(**)2 inci halia.^
(**)3 inci kunyit hidup.^
(**)1 sudu kecil penuh belacan.^
(**)3 senduk cili blend.
(**)5 helai daun limau purut.
(**)5 biji bendi.
(**)Air perahan asam jawa secukup rasa.
(**)Garam secukup rasa.
(**)Ajinomoto .
(**)Minyak masak untuk menumis secukupnya.
Cara-cara penyediaannya ialah:
(**)1.Tumbuk semua bahan bertanda (^) .Setelah selesai tumbuk semua bahan, gaulkan dgn cili blend.
(**)2.Panaskan minyak masak, tumis bahan2 yg di gaul tadi sampai lah betul2 garing dan pecah minyak.
(**)3.Lepas dah pecah minyak, masukkan ikan, air asam jawa & air.Biarkan sehingga mendidih.
(**)4.Setelah mendidih, masukkan garam, aji, bendi & daun limau purut..
(**)5.Biarkan kuah mendidih selama 10 minit atau sampai kuah nampak pekat sedikit dan sedian untuk dihidangkan.
(**)P/s:Resepi Asam Pedas Daun Limau Purut lebih sedap jika dibiarkan lebih pekat dan amat sesuai dimakan dengan nasi putih.Selamat mencuba!