Tuesday 20 September 2016

5 PETUA SEKIRANYA MAKANAN ANDA TERMASIN ~ Klik Disini

Tags

5 PETUA SEKIRANYA MAKANAN ANDA TERMASIN 

Assalamualaikum guysss.. Sapa pernah masak makanan termasin angkat bibir tu.. Hehehe..
orang kata kalau masak termasin, jodoh dah dekat.. Orang kata la, bukan saya.. Hehehe..
habis macamana pulak kalau yang dah berkhawin, masak termasin...takkan nak khawin lagi....kan....bagi lelaki yang bergelar suami memang sukalah ayat ni...tapi tidak bagi wanita yang bergelar isteri.. kan?? Hehehe..

Ok.. Harini saya nak kongsi 5 petua jika makanan termasin.

  1. Ambil sejemput kelapa parut dan dijadikan seperti bungkusan sup bunjut...masukkan ke dalam masakan yang terlebih masin , selama 20 minit...kemudian boleh lah keluarkan kembali bunjut kelapa parut tadi..
  2. Kerat pelepah pisang sepanjang 4cm dan dibersihkan..kemudian masukkan dalam masakkan selama 5 minit...kemudian boleh lah keluarkan pelepah tadi...
  3. Ambil kentang yang dibelah 4...masukkan kedalam masakkan tadi...
  4. Potong timun secara memanjang..dan masukkan ke dalam masakkan tadi...
  5. Tutup masakkan masin tadi menggunakan tudung periuk..biarkan ia mendidih dan matikan api...biarkan tertutup selama beberapa minit..kemudian tudung periuk bolehlah dicuci dengan air bersih...tanpa mengeringkan tudung periuk...tutup kembali masakkan tadi...buka hanya ingin menghidangkannya....inshaallah tak masin lagi...

Keluarga saya biasanya menggunakan kentang je....lagi mudah untuk dapat.. Hehehe..

P/S :
PIKAT HATI SUAMI , KENYANGKAN PERUT NYA DENGAN MASAKKAN ISTERI :-)

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin korang mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)