Tuesday 20 September 2016

Tips Elak Rasa Mual Pening Kepala Selepas Makan Seafood Dan Daging ~ Klik Disini

Tags

Tips Elak Rasa Mual Pening Kepala

#Assalamualaikum guyssss.. Kali kali ini saya ingin  kongsikan sedikit tips elak rasa mual pening kepala selepas makan seafoof atau pun danging.

#Kolesterol yang tinggi dalam badan akan meningkatkan risiko kita diserang penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. Kadangkala, apabila kita mengambil makanan ini berlebihan ia akan memberikan kesan seperti pening kepala, rasa mual dan sakit di bahagian atas tengkok. Itu tandanya tekanan darah dalam badan kita menjadi tinggi.

#Kolesterol hanya boleh didapati di dalam produk makanan yang terbuat daripada haiwan. Seperti anda ketahui, makanan yang mempunyai kolesterol yang tinggi adalah seperti makanan laut termasuk udang, ketam, lobster dan kerang-kerangan. Selain itu, daging merah, mentega dan minyak ikan juga mengandungi kadar kolesterol yang tinggi.

#Oleh yang demikian, jika anda banyak memakan makanan mengandungi kolesterol pada hari yang sama, petua ini boleh diamalkan untuk langkah awal mengawal kolesterol dalam badan. Cara-caranya ialah seperti berikut;

  1. Selepas setiap kali memakan sebarang daging, ambil sebiji atau dua limau kasturi, potong dua dan perah limau yang dipotong itu ke dalam mulut anda. Pastikan anda membuang bijinya terlebih dahulu.
  2. Ambil cuka kurma atau cuka epal, kemudian campurkan sesudu cuka tadi bersama air masak. Kacau campuran tadi dalam cawan. Kemudian, minum.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)