Monday 26 September 2016

Cara mengesan gas bocor ~ Klik Disini

Tags

Cara mengesan gas bocor

Cara mengesan gas bocor

Ambil sabun pencuci basuh pinggan atau sabun basuh baju. Mana-mana pun tak kisah asalkan sabun tu boleh keluarkan buih dengan banyak. Bancuh larutan sabun tu dengan air dan kocak sehingga berbuih.

Lepas tu sapu dengan rata di sepanjang saluran paip gas tadi. Setelah disapu, sambungkan buat seketika, paip gas tadi dan buka gas.

Sekiranya ada kebocoran pada saluran paip tu, ianya boleh dikesan dengan melihat gelembung buih yang terbentuk pada bahagian berkenaan.

Rendam dalam air

Kalau dah kelam-kabut nak cari sabun kat mana, boleh juga cuba cara yang biasa dibuat oleh tukang repair tayar. Sesapa yang gemar naik basikal masa kecik-kecik dulu, dan berpengalaman pergi kedai basikal untuk repair tayar pecah, mesti perasan cara yang dilakukan. Tekniknya senang jer, rendam dalam bekas berisi air. Jika didapati ada gelembung udara dalam bekas air tu, maka sahlah paip tu dah bocor dan kena tukar yang baru.

Tapi ingat, waktu menjalankan ‘ops mengesan kebocoran’ nie, pastikan korang buka tingkap dan pintu luas-luas supaya gas tidak terperangkap dalam rumah. Dan pastikan tiada api yang menyala atau tiada sesiapa yang sedang menghisap rokok berhampiran dengan tempat operasi tu dijalankan.

Hmm.. dan selalunya juga berdasarkan pengalaman, bukan masalah paip tu yang bocor tapi kepala tong gas tu yang ada masalah. Dan dalam banyak keadaan, kepala saya yang ‘banyak masalah’ hehe.. sebab terlupa nak tutup gas dengan proper setelah digunakan.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.