Monday 26 September 2016

Petua di sengat lebah/tebuan ~ Klik Disini

Tags

Petua ketika di sengat lebah/tebuan

Assalamualaikum guysss.. Kali ni saya nak kongsi sedikit petua apabila kita di sengat lebah atau tebuan. Sengatan lebah dan tebuan memang cukup berbisa dan tempat yang kena sengat biasanya akan menjadi bengkak. Orang dewasa yang kena sengat pun boleh tangkap nangis apatah lagi kalau budak kecil yang kena. Mau meraung budak tu… Dan bayangkan pula kalau lebah ataupun tebuan nie ‘attack’ dalam satu batalion penggempur… Hmmm… kurang-kurang sengat lebah seminggu demam tak kebah..hehehe

Nasib baiklah orang-orang tua dulu ada meninggalkan beberapa petua yang mujarab untuk merawat bisa sengatan lebah. Antara petua yang saya tahu ialah seperti berikut:

Petua Disengat Lebah
  • Ambil sebiji lobak dan parut atau tumbuk sehalus mungkin. Sebaik-baiknya tumbuk hancur sehingga ia menjadi berair. Selepas itu campurkan hirisan lobak tu dengan beberapa titik cuka dan gaul sehingga sebati. Sapukan ‘ramuan’ tu dengan rata ke tempat yang kena sengat. InsyaAllah, bisa sengatan tu akan beransur reda dan tempat yang kena sengat tu juga tak akan membengkak.


Petua Rawat Bisa Sengatan Tebuan dan Lebah
  • Satu lagi petua yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan tanah, garam dan air kelapa. Caranya ialah campurkan sedikit garam dengan air kelapa dan titiskan ke atas seketul tanah. Lepas tu tanah tu disapukan ke tempat yang kena sengat. Dalam beberapa ketika, rasa sakit akan berkurangan dan terus hilang. InsyaAllah.