Saturday, 17 September 2016

CARA MENGESAN TANDA-TANDA AWAL KANSER PAYUDARA ~ Klik Disini

Tags

CARA MENGESAN TANDA-TANDA AWAL KANSER PAYUDARA 


Kanser Payudara adalah pembunuh utama wanita di dunia. Ia penyakit yang meluas dikalangan wanita tidak kira peringkat umur.Walaupun terdapat usaha dijalankan untuk mengesan awal dan rawatan, 20% wanita yang menghidap akan meninggal dunia.

~ Antara tanda-tanda kanser payudara : ~

  1. Perubahan pada saiz atau payudara anda.
  2. Payudara kelihatan mengecut  lebih-lebih lagi jika hanya tertumpu pada satu bahagian sahaja.
  3. Perubahan pada tekstur kulit atau pori kulit pada bahagian tersebut kelihatan terbuka lebih besar.
  4. Ketulan yang muncul di bahagian bawah lengan. Namun tidak semua adalah tanda awal kepada kanser.
  5. Simetri payudara kelihatan berbeza dari sebelumnya. Sememangnya wanita mempunyai payudara yang berbeza daripada segi saiz di kedua-dua bahagian. Namun jika ianya terlalu ketara perubahan simetri tersebut, adalah digalakkan untuk melakukan pemeriksaan doktor.
  6. Payudara atau disekeliling puting menjadi kemerahan atau membengkak.
  7. Perubahan rasa pada sekitar payudara atau puting.
  8. Puting dan payudara kelihatan membengkak atau menebal.

~ Cara membuat pemeriksaan : ~

Langkah 1: 
  • Perhatikan payudara anda di depan cermin dengan postur bahu menegak dan meletakkan lengan anda di atas tulang pinggang. Perhatikan dari segi saiz, bentuk, rona, dan mengesan terus bengkak di bahagian payudara. Jika anda melihat payudara anda seperti kemerahan dan pembengkakkan, adalah lebih baik untuk terus mendapatkan pemeriksaan pakar.

Langkah 2:
  • Angkat kedua-dua belah tangan dan lihat pada perubahan yang sama seperti di atas.

Langkah 3:
  • Tatkala anda berada dihadapan cermin, perhatikan sebarang tanda cecair yang keluar dari sebelah atau kedua-dua belah puting. Ianya mungkin air, susu, cecair kekuningan atau darah.

Langkah 4:
  • Buat dalam keadaan berbaring, menggunakan tangan kanan anda untuk memeriksa payudara di sebelah kiri dan seterusnya di sebelah kanan. Lakukan secara perlahan-lahan dengan lembut. Rapatkan jari dan lakukan pemeriksaan di bahagian payudara dalam pergerakan membulat. Periksa keseluruhan payudara lebih-lebih lagi di bahagian bawah lengan.

Langkah 5:
  • Lakukan pemeriksaan yang sama seperti langkah 4 tetapi dengan postur berdiri atau duduk. Ramai wanita mendapati ianya lebih mudah untuk memeriksa secara terperinci payudara apabila kulit dalam keadaan basah dan licin. Jadi, majoriti golongan wanita suka melakukan pemeriksaan ini ketika mandi.


Akhir kata :

Terima kasih kerana membaca artikal ini. Jika anda ada pengalaman atau perkongsian berkaitan kenser payu dara, boleh kongsikan di ruangan komen, bersama pembaca yang lain;-)