Saturday, 17 September 2016

Khasiat air beras ~ Klik Disini

Tags

Khasiat air beras

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati :

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang "KHASIAT AIR BERAS". Beras mengandungi vitamin dan mineral seperti kalsium, iron,fiber,niacin, Vitamin D, thiamine dan riboflavin. Beras juga kaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolestrol.

Berikut beberapa khasiat air beras :

1- Air Basuhan Beras Yang Pertama

  • Air basuhan pertama dapat digunakan untuk mencuci ikan dan ayam bagi menghilangkan bau hanyir. Boleh juga digunakan untuk membasuh sayur-sayuran untuk menghilangkan kotoran pada sayur. Sesuai dijadikan baja pokok kerana ia akan berbuah lebat

2- Air Basuhan Kedua

  • Air basuhan kedua sangat elok digunakan bagi wanita yang inginkan kulit putih, gebu dan mulus semulajadi. Sangat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat.
  • Dapat menyerikan wajah, bagi orang Islam mereka mengamalkan bacaan selawat sebanyak tiga kali sebelum menyapukan air ke wajah.
  • Sesuai dibuat sebagai mandian bagi menggantikan susu dan juga scrub badan. Ia boleh digunakan begitu sahaja untuk mandian atau anda ingin campurkan dengan bunga-bunga agar lebih wangi dan membangkitkan aura positif di dalam badan..

3- Air Didihan Beras Sebelum Menjadi Nasi

  • Khasiat air didih beras pun tidak kurang hebatnya. Anda boleh mengamalkan air didihan beras secara sejuk atau suam dengan campuran gula atau tidak. Khasiatnya, akan membuatkan suara menjadi lunak bagi seorang yang suka menyanyi  atau membaca Al-Quran.
  • Berita baik buat wanita, anda yang mengamalkan air didihan beras sebelum tidur ia akan membuatkan payudara anda menjadi tegang dan montok secara semulajadi.

Penutup :

Terima kasih kerana membaca artikal ini. Dipersilakan share. Jika anda ada pengalaman atau perkongsian berkaitan air beras, boleh kongsikan di ruangan komen, ;-)