Wednesday, 21 September 2016

CARA MENJAGA GIGI DENGAN BETUL ~ Klik Disini

Tags

CARA MENJAGA GIGI DENGAN BETUL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Gigi merupakan tempat salah satu anggota muka yang kita perlu dijaga kerana jika gigi anda bermasalah sama ada patah atau rosak, tidak ada Gigi baru akan tumbuh lagi apabila anda telah meningkat dewasa. Akibat daripada kelalaian anda  menjaga gigi, anda mungkin terpaksa memakai gigi palsu buat seumur hidup anda.

Anda perlu memupuk sikap menjaga gigi perlu anda mulakan dari sekarang sebaik sahaja anda baca artikel ini dan jika anda ada anak, anda juga perlu mengajar anak–anak anda supaya menjaga gigi mereka dengan baik. Jika anda tangguh, gigi anda akan semakin rosak.

Berikut adalah cara menjaga gigi untuk anda jadikan rujukan:
  1. Cara menjaga gigi yang pertama adalah anda perlu gosok gigi dengan serius ( iaitu dalam keadaan betul-betul fokus). Ramai mereka menggosok gigi dengan perasaan tidak serius di mana mereka hanya lalukan sahaja berus gigi tanpa meneka atau menyental. Akibatnya kotoran pada gigi tidak tertanggal. Anda perlu tenyeh sedikit dan sental gigi anda dengan berus gigi supaya semua kotoran pada gigi keluar, tetapi jangan terlalu kuat di kuatiri gusi akan terluka.
  2. Selepas anda makan, anda buang semua cebisan makanan yang terlekat pada gigi anda. Gunakan flos untuk bersihkan cebisan makanan. Tips menjaga gigi ini adalah penting untuk anda ikut kerana ia memastikan gigi anda bebas daripada bakteria.
  3. Cepat–cepat gosok dan bersihkan gigi selepas anda melakukan perbuatan yang boleh merosakkan gigi. Antara perbuatan yang boleh merosakkan gigi adalah merokok, makan makanan manis, minum arak, minum teh dan minum air kopi.
  4. Gunakan pembasuh mulut yang bebas alkohol untuk membunuh semua bakteria yang terdapat di dalam mulut anda. Tips menjaga gigi ini anda amalkan setiap kali sebelum tidur.
  5. Ambil banyak makanan yang ada fiber kerana ia boleh membantu untuk menguatkan gigi anda.

Mempunyai gigi yang cantik menjadi idaman semua orang. Lebih berkeyakinan ketika bercakap dengan orang, bertemu klien sanak saudara jika dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika mempunyai sepasang gigi yang putih berseri.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)