Tuesday, 20 September 2016

RESEPI SAMBAL BIJI GETAH ~klik Disini

Tags

Sambal biji getah


Tahukah anda, biji getah ini boleh dimakan, dibuat sambal.

Di bawah adalah resepi untuk menyediakan Sambal Biji Getah atau nama lainnya Sambal Rong.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. -Cili padi
  2. -Biji getah
  3. -Garam


Cara Membuatnya:

  • Kopek kulit biji getah yang keras untuk mendapatkan isinya yang berwarna putih, lembut dan kenyal. (Senang cerita, ketuk je dengan lesung batu)
  • Kemudian, buang kulit arinya. Pekerjaan yang ini memang agak cerewet. Jika nak mudah, jemur dulu isi biji getah ni sehingga kulit arinya kering dan lekang daripada isi.
  • Tumbuk cili bersama sedikit garam sehingga lumat. Masukkan biji getah dan tumbuk lagi sehingga biji getah lumat.
  • Setelah lumat, tepekkan di dalam kuali leper atau tudung periuk. (Jika mahukan sambal yang garing, tepek nipis-nipis)
  • Bakar di atas api yang perlahan hingga sambal masak atau garing.
Sambal ini boleh dimakan begitu saja atau dimakan bersama ulam-ulaman, pucuk gajus, tenggek burung, ulam raja, atau pegaga. Kalau nak makan dengan ulam, selalunya relaikan dulu sambal ni.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan resepi sambal biji getah ini.. Selamat mencuba guysss.