Cerai Isteri Cantik Kerana Anak Hodoh
Assalamualaikum guysss.. Kali ini saya nak share berita tentang Seorang lelaki di China sanggup menceraikan isteri kerana anak hodoh. orang macam ni pun ada kan?? dunia oh dunia..
BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.
Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.
Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.
Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.
Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR.
Harap harap orang melayu kita tak ada yang jenis macam ni.. sebab tindakkan si suami ni tak masuk akal.. betul tak?? yang kesiannya, si isteri pulak kene bayar ganti rugi tu.. seram la dengan undang dieorang.