10 TIPS UNTUK DAPATKAN KULIT BAYI ANDA GEBU GEBAS
Assalamualaikum guysss.. Kali ini saya nak share tips kalau mahukan kulit bayi putih gebu. Siapa tak geram tengok kulit bayi yang putih gebu, mesti rasa geram macam nak 'cubit' sahaja. Namun bukan semua bayi dikurniakan kulit secantik dan seputih salju. Ada yang mempunyai kulit sensitif dan bermasalah.
Macammana hendak mendapatkan kulit bayi yang bebas daripada cela?
10 Tips berikut boleh dijadikan panduan untuk menjaga kulit bayi baru lahir terutamanya agar sihat dan bersih.
- Pilih pakaian dan kelengkapan tempat tidur yang diperbuat daripada kain kapas. Ia membantu kulit bernafas seterusnya membuatkan bayi selesa.
- Pilih fabrik semulajadi seperti kain kapas untuk pakaian bayi anda kerana ia kurang merengsakan kulit mereka.
- Elakkan penggunaan buih mandi yang beralkali kerana boleh mengeringkan kulit bayi. Sebaiknya titikkan beberapa titisan krim mandian susu ke dalam besen mandian. Selepas mandi, sapukan losyen pada badan bayi.
- Simpan pakaian bayi dalam bekas yang bertutup untuk mengelakkan daripada habuk dan hama yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.
- Kerap membasuh sarung bantal, tilam dan permainan lembut bayi bagi mengelakkan pembiakan kuman.
- Pastikan anda kerap menukar lampin pakai buang bayi terutama bila dia asyik membuang air kecil. Sebelum memakaikan lampin yang baru, sapukan krim perlindungan pada punggungnya untuk memberikan kulit bayi perlindungan tambahan.
- Air mandian bayi hendaklah suam-suam kuku dan bukan panas supaya kulit bayi tidak mudah mengalami kerengsaan.
- Jangan memandikan bayi dalam masa yang lama untuk mengelakkan kulit bayi daripada berkedut.
- Penggunaan losyen pelembap turut membantu mengekalkan kelembutan dan kekuatan kulit bayi. Gunakan pelembap yang tidak mengandungi alpha hydroxyl acids atau pelindung cahaya.
- Kuku bayi sangat tajam, nipis dan memanjang dengan cepat. Anda perlu kerap merapikan kukunya iaitu dua kali seminggu. Ia untuk mengelakkan kuku bayi baru lahir boleh mencakar kulit muka mereka sendiri.
- Apa pun yang paling penting sekali utamakan faktor kebersihan dan keselamatan apabila anda menguruskan seorang bayi. Mereka golongan yang sangat mudah terdedah kepada risiko jangkitan kuman.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)