Monday 26 September 2016

Kasiat Daun Rambutan untuk Menghitamkan Rambut yang Putih(uban)~ Klik Disini

Tags

Kasiat Daun Rambutan untuk Menghitamkan Rambut

Khasiat daun rambutan dalam menghilangkan rambut beruban.
  • Daun rambutan sangat mudah didapati terutama di kawasan yang mengalami iklim tropika khususnya Malaysia. Daun rambutan memiliki bahan kimia seperti tannin, saponin, polifenol, dan beberapa jenis hormon yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut. Bahan kimia yang terdapat dalam rambutan dipercayai dapat menghidupkan atau mendorong pembentukan melanin dan pigmen rambut. Selain itu, ia juga dipercayai dapat mengembalikan warna rambut, membuat rambut tumbuh dengan subur serta mengurangkan masalah keguguran rambut.

Cara menyediakan daun rambutan untuk menghilangkan uban

#Cara menyediakan daun rambutan untuk dijadikan ramuan mengatasi masalah uban ialah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan (mengikut sukatan yang anda kehendaki) dan bersihkan dengan menggunakan air sehingga bersih.

#Anda juga boleh menumbuk halus daun rambutan atau menggunakan pengisar dengan menambahkan sedikit air. Setelah itu, saringlah daun rambutan yang telah halus, dan dicampurkan dengan air tadi sehingga anda mendapatkan air perasan darinya.

#Setelah mendapat air perasan tadi, usaplah pada rambut dari hujung ke akar dan biarkan selama 30 minit atau lebih. Selepas itu, cucilah rambut sehingga bersih.

#Dalam menangani rambut beruban, jadikan kaedah daun rambutan ini sebagai rutin harian dan berterusan mengikut masalah uban yang anda hadapi. Dengan itu, rambut beruban akan kelihatan menghitam tanpa penggunaan pewarna rambut sehingga anda dapat mengatasinya secara kekal dan mengembalikan keyakinan diri.

#Adakah kaedah daun rambutan untuk mengatasi masalah rambut beruban adalah mitos semata-mata? Anda cuba sendiri dan lihat hasilnya.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.