Petua Mengurangkan Kesakitan Ulser Mulut
Apa yang menyebabkan Ulser Mulut.
Ulser mulut lebih kerap menyerang wanita berbanding lelaki. Antara punca ulser mulut adalah:
- a) alahan kepada makanan
- b) mulut kering (biasanya disebabkan oleh demam atau pengambilan ubat)
- c) tekanan perasaan atau stress
- d) kecederaan di bahagian dalam mulut, seperti tergigit atau melecur.
- e) kedatangan haid atau mengandung
- f) kurang tidur
Petua Mengurangkan Kesakitan Ulser Mulut
- Berkumur dengan air garam. Antara petua yang paling popular untuk melegakan dan menyembuhkan ulser mulut adalah berkumur dengan air garam. Caranya ambil segelas air dan tambah sesudu garam. Kacau sehingga garam larut dan kumur. Namun bila garam terkena di tempat ulser, anda akan berasa sakit. Tetapi harus diingat, garam mampu mengurangkan jangkitan. Cara yang paling berkesan adalah meletakkan sedikit garam di atas ulser. Cara ini memang menyakitkan. Tetapi percayalah ia adalah cara paling cepat untuk menyembuhkan ulser mulut.
- Sapu Madu. Madu juga mampu menyembukan ulser mulut dengan mengecutkannya. Caranya anda hanya perlu mengambil sedikit madu asli dan sapukan di atas ulser. Cara ini kurang menyakitkan jadi ia sesuai untuk kanak-kanak yang terkena ulser mulut.
- Minum Air Kelapa. Memandangkan ulser mulut kerap kali terjadi bila suhu badan tinggi, contohnya seperti musim panas, demam panas dan haid…jadi disyorkan anda minum air kelapa untuk sejukkan kepanasan suhu badan anda.
- Semoga Petua Mengurangkan Kesakitan Ulser Mulut ini membantu anda untuk menyembuhkan sakit ulser yang dialami. Banyakkan minum air untuk mengelak berlaku kekeringan dalam mulut yang lebih memburukkan sakit ulser.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.