Tuesday, 20 September 2016

PETUA RINGKAS UNTUK HILANG SAKIT LUTUT ~ Klik Disini

Tags

Faktor Usia Dan Berat Badan Merupakan Penyumbang Utama Sakit Lutut.

PETUA RINGKAS UNTUK HILANG SAKIT LUTUT

#Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang mungkin berpunca daripada sendi (femur, tibia, fibula), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus). Sakit lutut boleh terkena kepada semua peringkat umur bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu

#Memiliki kesihatan lutut yang baik sangat penting. Apabila kita sering dilanda sakit lutut yang berterusan, kualiti hidup kita akan terjejas. Mungkin kita tidak selesa untuk berjalan, menaiki tangga, berlari sehinggakan untuk menunaikan ibadah solat juga mungkin terganggu. Ketidakselesaan ini semuanya akan berlaku, jika kita tidak mengubati sakit lutut dengan segera.

#Walaupun banyak kaedah rawatan moden ditawarkan untuk melegakan sakit lutut, namun tidak salah sekiranya kita mencuba rawatan alternatif menggunakan bahan semulajadi dan kaedah ini boleh dilakukan di rumah sahaja. Cara menyediakan bahan-bahan adalah seperti berikut;

Bahan-bahan dan peralatan :

  1. 2 biji buah epal hijau
  2. 4 biji batang serai
  3. Air
  4. Periuk

Cara penyediaan :

  1. Basuh batang serai, dan buah epal dengan bersih.
  2. Potong empat bahagian buah epal tanpa membuang kulitnya.
  3. Masukkan buah epal potong dan serai dalam periuk.
  4. Masukkan air secukupnya, sehingga bahan tadi tenggelam.
  5. Rebus campuran tersebut sehingga buah epal menjadi lembik.
  6. Kemudian, tapis air rebusan tersebut untuk dijadikan minuman.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)