Monday 26 September 2016

Petua Untuk Wanita Kembali Ummph ~ Klik Disini

Tags

Petua Untuk Wanita Kembali Ummph

Petua ini digelar orang sebagai Air Asam Kunyit. Bahan-bahannya mudah, dan syor saya kalau nak cari boleh cari di Pasaraya Mydin bahagian rempah ratus.

Bahan-Bahan :
  1. Kunyit hidup (bukan serbuk)
  2. Asam jawa
  3. Buah Manjakani
  4. Gula perang atau madu atau boleh juga digunakan gula batu (untuk pemanis)

Cara Penyediaan
  1. Tumbuk kunyit hidup sehingga separuh lumat (seeloknya anda pakailah lesung batu).
  2. Selepas itu, rebuslah atau renehkan kunyit hidup bersama dengan buah Manjakani. 
  3. Rebus sehingga air rebusan jadi separuh. Contoh, jika anda masukkan 4 gelas air, air rebusan perlu sampai jadi hanya 2 gelas. Satu tips mudah - gunakan sudu dan tandakan takat air. 
  4. Kemudian, anda letakkan asam jawa (bukan air) secukup rasa dan juga gula perang.

Sejukkan. Minumlah pagi, petang dan malam. Boleh disimpan dalam peti sejuk, dan kemudian suamkan air tersebut sebelum diminum.

Setiap bahan yang digunakan dalam Air Asam Kunyit ini ada khasiatnya untuk kesihatan dan kesegaran bahagian dalaman seorang wanita.

Khasiat Tradisional Bahan-Bahan

Kunyit Hidup
  • Ia bantu untuk mencuci darah dan kotoran organ dalaman. Boleh membantu proses pengecutan rahim dan kurangkan masalah buncit. Ia juga dipercayai boleh kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, memulihkan luka-luka dalaman, menaikkan seri muka, membuang angin (boleh tambahkan halia dalam rebusan). Orang lama juga ia boleh elakkan masalah seperti tombong atau rahim terkeluar atau rahim jatuh.

Asam Jawa
  • Asam Jawa Untuk Kecantikan dan Kecergasan Wanita
  • Untuk membantu proses membuang lemak berlebihan, juga sangat bagus untuk kesegaran tubuh badan, serta membantu proses pelawasan agar mudah membuang air besar.

Manjakani
  • Rahsia buah Manjakani untuk wanita sihat dalaman
  • Bahan 'ajaib' untuk pulihkan otot dalaman terutama bahagian V wanita, Ia akan bantu bahagian tersebut untuk kembali seperti asal atau dengan kata lain mengetatkan kembali bahagian V selepas bersalin.

Selain itu, orang lama juga berkata bahawa Manjakani mampu untuk tegangkan balik segala aset-aset lain seorang wanita. Ia juga dikatakan bagus untuk awet muda serta kurangkan masalah keputihan, dan cepatkan penyembuhan luka jahitan..

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.